Saturday 29 March 2014

MH370 MUNGKIN BOLEH DISELAMATKAN?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ketika negara dan dunia sedang bersedih dengan apa yang berlaku pada‪#‎MH370‬ ada beberapa perkara pihak kerajaan Malaysia perlu belajar dari setiap kelemahan dan wajib perbaiki agar isu keselamatan rakyat dan negara akan sentiasa terbela.
Antara yang menjadi isu hangat diperkatakan ialah kelemahan tindak balas dari pihak TUDM apabila ada pesawat mencurigakan melakukan "turned back" walaupun ianya adalah pesawat bukan "hostile" iaitu hanya pesawat komersial tetapi pihak TUDM sepatutnya segera menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang atau di KLIA untuk pengesahan memandangkan pesawat tersebut berada diruang udara negara.Mereka TUDM dan Pusat Kawalan Trafik Udara perlu mempunyai suatu mekanisma berbentuk perhubungan terus kerana keupayaan radar antara mereka adalah berbeza.Radar tentera saya yakin lebih sensitif berbanding radar Pusat Kawalan Trafik Udara DCA.
Jikalau pihak TUDM bertindak balas segera dengan melepaskan beberapa jet pejuang yang berpengkalan di Butterworth untuk melakukan siasatan diudara seperti cuba berkomunikasi dengan juruterbang MH370 dan jikalau gagal boleh cuba ekori kemana akan perginya MH370 tersebut pada masa kejadian mungkin boleh mengelakkan kehilangan MH370 ini.Kita harus belajar dari apa yang berlaku pada Amerika 11/September 2001 dimana pesawat komersial telah digunakan oleh penganas untuk menyerang WTC dan Pentagon.
Datuk Seri Hishammuddin (Menteri Pertahanan) juga menyatakan semalam pada sidang akhbar bersama pemberita tempatan bahawa pihak kerajaan harus lakukan penambahbaikan didalam sektor ketenteraan bagi mengelak perkara sebegini berlaku dan agar kita lebih sedia untuk bertindak jikalau ianya berlaku dimasa depan.
Kita harus belajar dari peristiwa kehilangan MH370 dan akui bahawa sistem pertahanan negara kita masih lemah dan sentiasa harus dikemas kini.Mengemaskini sistem pertahanan adalah amalan biasa pada setiap negara.
Dimasa akan datang juga pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan harus mengelakkan menguna perkhidmatan orang tengah "broker atau agen" untuk pembelian sebarang aset ketenteraan bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan caj perkhidmatan yang terlalu mahal sehingga merugikan negara.Pihak kerajaan boleh lakukan secara terus "0ne to one" dengan kerajaan negara pengeluar mahupun pembekal.Dengan ini isu penyelewengan dapat diatasi jikalau tidak keseluruhan boleh mengurangkannya.Saya yakin bajet tiap tahun yang dikemukan oleh kerajaan amat mencukupi untukk mengemaskini keperluan penambahbaikan aset ketenteraan kita.
Semalam juga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan iaitu semua pintu keluar masuk negara akan diperketatkan kawalannya.Ini kerana ada dua penumpang MH370 warga Iran yang mengunakan pasport individu dari warga Itali dan Austria yang dilapurkan hilang di Thailand.Pihak Interpol juga telah menasihati pihak kerajaan Malaysia melalui Imigeresen Malaysia yang sepatutnya melakukan "cross check" dengan pengkalan data Interpol berpengkalan di Peranchis melalui online yang hanya mengambil masa sepantas 2 saat sahaja.Ini antara perkara yang kerajaan Malaysia harus perbaiki dan belajar dari sebarang kelemahan dan kecuaian jika berlaku dipihak kita agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.
Akhir sekali saya dan seluruh rakyat Malaysia amat berharap kita perbaiki segala kelemahan sistem pertahanan negara dan tidak lupa juga pihak Imigeresen agar perbaiki dan kemaskinikan segala keperluan supaya perkara yang tidak di ingini berlaku lagi.Terimalah kritikan membina sebagai kritikan positif untuk perbaiki dari segala kelemahan kita.
Sekian pandangan,kritikan dan harapan kami.

5 comments:

amangkurrats said...

SOP knp x follow..?

Saipe Hermen said...

Deme yg jaga Radar ni tidor kot. Atau pekena teh tarik kat kantin. Lain kali TUDM kena sediakan kopi O jenis kopi Arabica grade A supaya mereka ni tak mengantuk dan tidak MIA (Missing in action) dari kerusi semasa bertugas.

Anonymous said...

http://seademon.wordpress.com/2014/03/20/mh370-i-speak-out/ penerangan di sini boleh menjawab soalan anda.

syed rosli said...
This comment has been removed by the author.
syed rosli said...
This comment has been removed by the author.